PROGRAM : RESOURCE CENTER IM (247)
PART : 3
TAJUK : MENGENAL FUNGSI PENGKATALOGAN DALAM PERPUSTAKAAN
PENCERAMAH : EN. HAZRUL AMIR TOMYANG
TARIKH : 19/9/2017
MASA : 11.30 PAGI

Sesi ini dianjurkan dengan kerjasama Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat (Pn. Mazwani Ayu) bagi mendedah kepada para pelajar mengenai fungsi pengkatalogan dalam perpustakaan. Pada sesi ini juga diterangkan mengenai kegunaan Kad Katalog sebelum kewujudan OPAC.

Seramai 60 orang pelajar telah menghadiri sesi ini. Bagi sesi praktikal, para pelajar ditugaskan untuk menyusun buku dalam perpustakaan bagi mendedahkan kepada mereka mengenai pentingnya proses pengkatalogan dan pengkelasan bahan dalam pengurusan Perpustakaan. Para pelajar akan diberikan sijil penyertaan setelah selesai dari aktiviti ini.